Suku Jawa adalah suku bangsa yang terbesar
di Indonesia, dengan jumlahnya di sekitar 90 juta.
Mereka berasal dari pulau Jawa dan menghuni khususnya di
provinsi Jawa Tengah serta Jawa Timur tetapi di provinsi Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta, mereka juga banyak ditemukan.
Bahasa
Sebahagian
besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan
pendapat yang dijalankan oleh Majalah Tempo
pada awal dekad 1990-an menunjukkan bahawa hanya sekitar 12%
daripada orang-orang Jawa menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertuturan
harian. Sekitar 18% menggunakan campuran bahasa Jawa dan bahasa Indonesia,
dengan yang lain menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa utama mereka.
Keturunan-keturunan
masyarakat Jawa berpendapat bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan
dan mereka, khususnya orang-orang yang lebih tua, menghargai orang-orang yang
menuturkan bahasa mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.
Kepercayaan
Sebahagian
besar orang Jawa menganuti agama Islam pada nama sahaja. Yang
menganuti agama Kristian, Protestan dan Katolik juga banyak, termasuknya di kawasan luar
bandar, dengan penganut agama Buddha dan Hindu
juga ditemukan di kalangan masyarakat Jawa. Terdapat juga agama kepercayaan
suku Jawa yang disebut sebagai agama Kejawen.
Kepercayaan ini pada dasarnya berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh agama Hindu-Buddha yang
kuat. Masyarakat Jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaannya, dengan
semua budaya luar diserap dan ditafsirkan mengikut nilai-nilai Jawa sehingga
kepercayaan seseorang kadang kalanya menjadi kabur.
Pekerjaan
Di Indonesia, orang Jawa biasanya ditemukan dalam
semua bidang, khususnya dalam perkhidmatan awam dan tentera. Secara tradisi,
kebanyakan orang Jawa adalah petani. Ini adalah sebabkan oleh tanah gunung
berapi yang subur di Jawa. Walaupun terdapat juga banyak usahawan Indonesia yang berjaya yang berasal
daripada suku Jawa orang Jawa tidak begitu menonjol dalam bidang perniagaan dan perindustrian.
Susun lapis sosial
Masyarakat
Jawa juga terkenal kerana pembahagian golongan sosialnya. Pada dekad 1960-an, Clifford Geertz,
pakar antropologi Amerika Syarikat yang ternama, membahagikan
masyarakat Jawa kepada tiga buah kelompok:
Menurut
beliau, kaum santri adalah penganut agama Islam
yang warak, manakala kaum abangan adalah penganut Islam pada nama sahaja atau
penganut Kejawen,
dengan kaum priyayi merupakan kaum bangsawan. Tetapi kesimpulan Geertz ini
banyak ditentang kerana ia mencampurkan golongan sosial dengan golongan
kepercayaan. Pengelasan sosialnya juga dicemari oleh penggolongan kaum-kaum
lain, misalnya orang-orang Indonesia yang lain serta juga suku-suku bangsa
bukan pribumi seperti keturunan-keturunan Arab, Tionghoa dan India.
Kesenian
Orang
Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh
agama Hindu-Buddha, iaitu pementasan wayang. Repertoir
cerita wayang atau lakonan sebahagian besarnya
berdasarkan roman
kesateriaan Ramayana dan Mahabharata. Walaupun demikian, terdapat juga
pengaruh Islam serta Dunia Barat.
Stereotaip orang Jawa
Orang Jawa
terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal
sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini
konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian
atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam
sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat.
Tokoh-tokoh Jawa
- Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Republik Indonesia
- RA. Kartini, pahlawan negara
- Michelle Branch, penyanyi antarabangsa berketurunan Jawa
- Suharto, bekas Presiden Republik Indonesia
- Sukarno, pengasas negara serta bekas Presiden Republik Indonesia
- Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Republik Indonesia
- Megawati Soekarno Poetri, bekas Presiden Republik Indonesia dan sekaligus presiden wanita pertama di indonesia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar